3 Tips Simpan Tudung Supaya Kurang Berkedut



Sebagai wanita yang berhijab, anda pasti memiliki koleksi tudung yang pelbagai dan mungkin agak sukar untuk anda menguruskan tudung-tudung itu dengan kemas di dalam almari pakaian anda. Di sini, kami akan kongsikan beberapa cara dan idea baru untuk menyusun koleksi tudung anda. Ada di antaranya memerlukan anda membeli sesuatu daripada kedai dan ada juga cara yang memerlukan anda untuk merekanya sendiri. Ok mari kita mulakan!


1. Bakul

Menyimpan tudung di dalam bakul merupakan cara yang murah jika anda tidak mahu membeli apa-apa perabot yang baru. Ini cara yang amat mudah kerana anda hanya perlu membelinya di mana-mana kedai runcit dan ianya tidaklah mahal. Cara ini sesuai bagi tudung yang berawning. Sila lipat dan gulung tudung sehingga paras leher tudung sahaja. Jangan gatal tangan pi lipat bahagian awning. Selepas menggulung, letakkan di dalam bakul mengikut kepanjangan tudung supaya anda lebih mudah mencari tudung untuk dipakai. Bakul-bakul ini juga mudah disimpan di bawah katil atau pun di dalam almari pakaian.





2. Hanger gelung

Cara lain untuk menguruskan koleksi tudung anda adalah dengan membeli penyangkut yang direka khas untuk menyusun hijab-hijab. Jika anda tidak menjumpai penyangkut khas untuk tudung ini, anda boleh juga menggunakan penyangkut baju biasa sebagai ganti. Ia adalah satu lagi cara yang menjimatkan kos dan juga amat senang untuk diuruskan untuk jangka masa yang lama.


BACA: Tips Menggosok Tudung Mengikut Jenis Tudung

3. DIY hanger

Jika anda sedang berada dalam mood rajin untuk mencipta sesuatu yang kreatif, apa kata anda beli satu paket relung langsir bilik mandi di kedai berhampiran dan tambahkannya pada penyangkut-penyangkut baju yang ada di rumah anda. Satu perkara yang kami suka mengenai cara penyusunan tudung ini ialah anda hanya memerlukan bahan-bahan yang mungkin sudah ada di rumah anda! Ia tidak memerlukan apa-apa alat pertukangan, malah ia menyenangkan anda untuk mengambil tudung yang disusun pada penyangkut baju itu. Cara ini sangat sesuai untuk hari-hari anda yang sibuk, di mana anda tidak mempunyai masa untuk melipat setiap tudung; anda hanya perlu mengambilnya untuk dipakai, dan menggantungnya semula setelah dipakai. Sungguh senang!




Demikianlah tips menyusun hijab daripada kami! Kami harap entri ini sedikit-sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah anda sebagai wanita yang berhijab.

Sumber gambar: http://a3lina.blogspot.my/2010/06/sangkut-tudung-cantik.html
Latest
Previous
Next Post »
0 Komentar